ADVERTORIAL PERKHIDMATAN

JOMHOSTING.NET : MALAYSIA CHEAPEST WEBHOSTING SOLUTION

Malaysia Web HostingHosting Termurah Di MalaysiaMalaysia Web HostingHosting Termurah Di Malaysia

KENAPA PILIH BERHOSTING DENGAN JOMHOSTING

1 ) Pakej hosting cuma serendah dari RM10.00 sahaja sebulan. Dedicated Private Server semurah RM110.00 sahaja sebulan. Sesuai untuk IKS dan bisnes kecil seumpamanya yang berminat mengembangkan perniagaan dalam talian secara serius.

2 ) Domain PERCUMA SEUMUR HIDUP bagi pembelian webhosting berkapasiti 1GB keatas (1GB dan 5GB).

3 ) Rekabentuk laman web pilihan sendiri dengan template-template profesional yang berkualiti tinggi diberikan PERCUMA.

4 ) Perkhidmatan membina laman web atau blog dari serendah hanya RM200.00.

5 ) Pembayaran yang mudah melalui kad kredit, kad debit, perbankan online seperti Maybank2u dan CIMB Clicks.

6 ) Perkhidmatan pelanggan yang baik, 24 jam 7 hari seminggu.

7 ) Rating 5 STAR direview oleh Webhostingstuff.com, dipilih oleh ramai pengguna.

8 ) Ada Sistem SMS Broadcasting yang profesional untuk menghantar sms secara pukal (bulk) kepada rakan-rakan perniagaan dan pelanggan anda.

TESTIMONI PELANGGAN JOMHOSTING

" Services mmg la tip-top bro wanmus sanggup layan saya punya soalan di Ym walaupun lepas office hours tu(dlm pukul 12 beb)... kat mana lagi nak dapat support camni beb... daripada saya nak beli setahun terus order dua tahun ahak ahak"

- zonirc.info

" When my company decided to have a website I was looking for the best hosting that I could find. I tried to deal with so many current web hosting company in Malaysia but one that i couldn't resist to deny the service and Im very satisfied with it. JOMHosting.net ..Reliable & Affordable"

- mutiaracaterers.com

" Pakej JomHosting sangat murah dan releven. Tidak perlu untuk mendapatkan servis yang mahal kerana di JomHosting anda akan dapat harga yang murah dan perkhidmatan yang memuaskan! Syabas Jomhosting. "

- saifulizwan.com

"Saya dah gunakan perkhidmatan jomhosting.net ni dah lebih setahun, memang best. Jarang ada masalah. Customer Support pun bagus, cepat bertindak kalau ada masalah pada hosting saya."

- moneyblink.com

" To me it is the most reliable hosting you can find. The customer service is great and the price is very affordable especially for newbies. 100% recommended."

- yogaweb.info

Jadi, Kenapa Tunggu Lagi, Pilihlah Jomhosting.net menjadi partner perniagaan internet anda sekarang!


Malaysia Web Hosting


SIMPAN SIMPAN SIMPAN

Salam Muhibbah bertemu semula,

Sudahkah anda mendapatkan buku yang saya cadangkan iaitu "Multiple Streams of Income: How to Generate a Lifetime of Unlimited Wealth! " dari Robert G. Allen? Jika belum, berhenti baca blog ni sekarang dan pergi ke MPH berhampiran dan dapatkan senaskhah sekarang! Paling malas pun beli je online, terus dia hantar ke pintu depan rumah anda tau :)

Ooo baru saya tau idola saya Tan Sri Syed Mokhtar ada share dalam MPH ni. Dan beliau sekali lagi dinobatkan Melayu terkaya di Malaysia dan masih kekal dalam senarai Top 10 Richest Man in Malaysia oleh Forbes. Tahniah Tan Sri! Dan juara pastinya Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) yang jauh mendahului walau di tangga kedua iaitu Tan Sri Ananda Krishnan berbatu-batu. Apatah lagi kita bukan berbatu-batu lagi tapi berbintang-bintang berplanet-planet. Kuasai komoditi, ekonomi pasti di tangan anda. Cewah berpepatah pula.

Tak perlulah disebut berapa BILLION harta mereka, sedih pulak nanti tak kesampaian kita nak sampai, langsung down semangat nak jadi kaya. Orang kata, bukan saya kata, buat goal atau target tu biar ikut kemampuan, memang benar pepatah Inggeris, "If you can dream it, you can achieve it!", tapi letak target jangan terlampau tinggi hingga tak logik akal, contoh jika hari ni kita tak mampu nak menyimpan RM100 pun sebulan (macam cakap kat diri sendiri nih!) jangan la target nak kumpul RM1juta dalam setahun. Kecuali kena loteri atau menang "Peraduan Power Root : Anda Pun Boleh Jadi Jutawan!" (Macam sifu saya Mr Sony Raja pernah joking-joking :) )

Mereka juga bermula mengikut silibus wang macam dalam post yang lepas tu. Hargai, Kawal dan Simpan Wang. Baru boleh nak mula bisnes apa-apa pun. Mana ada benda free dalam dunia ni bang, nak membuang pun kena bayar!!!

Tapi gaji ngam ngam je macamana nak simpan wang? Ada 2 kaedah la biasanya nak settle ini problem.

PERTAMA : Kurangkan Perbelanjaan

KEDUA : Tambahkan Pendapatan

Kalau ada lagi kaedah ketiga, keempat, kelima, macam pakai bomoh wang ke, saya tak taulah. Tapi yang dua ni pun dah memadai rasanya. Buat hapa nak pening-peningkan kepala lagi betul tak?

Nak save pun ada 2 maksud : Save #1 maksudnya bayar lebih murah untuk sesuatu barang, ye la biasa wanita yang suka tawar menawar beli kain ela contohnya. Save #2 maksudnya menyimpan untuk sesuatu.

Cara mudah ialah panjangkan rancangan perbelanjaan anda. Mudah cerita ialah jangan beli benda yang tak sesuai dengan masanya. Contoh paling mudah baru-baru ini, Valentine's Day (Peringatan : Valentine's Day HARAM disambut oleh Orang Islam) , tengah harga bunga ros melambung-lambung masa tu la ramai dok cari. Sekadar perumpamaan sahaja. Banyak lagi contoh-contoh lain. Beli masa tengah murah, tapi bukan tiap kali ada JUALAN MURAH redah je. Perlulah perancangan. Syarikat-syarikat gergasi Jepun merancang sehingga 150 tahun kehadapan. Apa yang Orang Jepun tahu tentang 150 tahun lagi? Mereka tidak tahu. Masa hadapan ialah sesuatu yang belum terjadi, masa hadapan itu adalah sesuatu yang kita buat agar terjadi!

Semakin jauh ke hadapan kita merancang, semakin murah kita akan rasa perbelanjaan kita. Fikirlah, lebih mudah bagi kita mengawal perbelanjaan kita daripada meningkatkan pendapatan kita. Semua pasti setuju dengan saya. Kunci utama mengawal wang anda ialah dengan mengawal masa anda.

Jadi, mulakan dari sekarang. Kawal perbelanjaan anda sendiri, simpan lebihan dari perkara-perkara yang dapat anda jimatkan, potong mana-mana keperluan yang tidak perlu dengan belanjawan berhemah, secara otomatik anda berjaya kurangkan perbelanjaan dan selangkah ke arah kebebasan kewangan. Kaedah Ke2 iaitu Menambahkan Pendapatan akan dimuatkan dalam post-post selepas ini. Caranya menggunakan bisnes-bisnes leverage yang akan saya terangkan lebih detail kemudian.

Akhir kata, teliti pepatah-pepatah ini,

"The secret of financial success is to spend what you have left over after saving, instead of saving what is left after spending"
(Rahsia kejayaan kewangan ialah berbelanja apa yang lebih setelah menyimpan bukan menyimpan apa yang lebih selepas berbelanja)

"I count him braver who overcomes his desires, than him who conquers his enemies, for the hardest victory is the victory over self" - Aristotle
(Saya anggap orang yang mengatasi keinginan/nafsunya lebih berani dari orang yang menundukkan musuh-musuhnya kerana kejayaan yang paling sukar ialah kejayaan menguasai diri sendiri)

Renung-renungkan dan selamat berjumpa lagi!

(Rujukan : Buku "Multiple Streams of Income" karya Robert G. Allen)

SILIBUS WANG

Bagaimana orang kaya mengawal dan membuat banyak wang?

Mereka memahami rahsia wang. Sebenarnya ia bukanlah satu rahsia tapi merupakan satu skill untuk membolehkan wang bekerja keras untuk mereka.

Orang kaya tidak bekerja keras untuk wang, tapi menjadikan wang tersebut bekerja keras untuk mereka. Mahu tak mahu asas utama yang saya panggil silibus wang ialah asas mereka. Ini saya pelajari dari sifu pengurusan kewangan yang juga penulis bestseller Robert G. Allen dalam buku terkenalnya, "Multiple Streams of Income: How to Generate a Lifetime of Unlimited Wealth!". Sesiapa yang belum membacanya saya galakkan sesangat membelinya gaji hujung bulan ni dan membacanya. Baru RM45. Ingatlah pelaburan paling penting yang patut kita buat ialah pembangunan kendiri (self development). Jadi pelaburan semurah ini amat berbaloi, bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri sendiri jugak. Kalau kaya nanti bukan untuk siapa untuk diri sendiri jugak kan kan kan?

Secara amnya, skill pengurusan wang ni ada 7 peringkat yang saya bahagikan kepada 3 tahap iaitu:

Tahap Asas :
1) Hargai Wang (Value Money)
2) Kawal Wang (Control Money)
3) Simpan Wang (Save Money)

Tahap Pertengahan :
4) Labur Wang (Invest Money)
5) Buat Wang ( Build Money)

Tahap Tinggi :
6) Lindung Wang (Shield Money)
7) Kongsi Wang (Share Money)

Kuasai satu tahap ke satu tahap, kerana tahap pertama iaitu asas adalah yang paling sukar (sekurang-kurangnya bagi saya, tapi saya tak jemu terus mencuba dan improve sikit demi sedikit melalui pembacaan, kajian, percubaan :) )

Hargai wang dari sekecil-kecil nilai RM1.00. Memang kita fikirkan apa sangat boleh dibeli dengan harga singgit hari ni. Tapi percayalah, diberi masa yang mencukupi, dengan investment yang betul RM1.00 kita hari ni boleh jadi RM1juta wooo. Dan tak cukup singgit pun tak akan jadi RM1juta. Jangan tak caya. Nanti saya tunjukkan cara-cara, sedikit ilmu jika dikongsi akan bertambah-tambah juga betul tak? Salah satu cara guna leverage yang saya discuss dalam post sebelum ini. Itu pasal PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH dibina atas dasar nilai terkecil ini RM1.00. Bermakna tu, bukan saja-saja suka-suka hati letak nilai tu. Nak memberi pendedahan awal tentang asas kewangan, Value Your Money. Orang nak keluar pun tak ralat, asal pulangannya nanti berlipat ganda. InsyaALLAH buat pasti jadi!

Bila kita dah pandai hargai wang, kena pula belajar kawal wang. Kita mulakan budget, tapi kita sendiri gagal mengawal budget (termasuk la saya sendiri, tapi keep improving!!!). Asingkan kategori-kategori perbelanjaan kita, buat jadual perbelanjaan atau plan perbelanjaan jangka panjang, kawal perbelanjaan secara terdesak (impulse buying), jangan bawa anak ke pasaraya (mau nangis budak ni nanti), tapi jika bawa jugak ajar mereka cara berbelanja berhemah, contohnya buat pertandingan jika dapat memilih buah yang termurah dsb.

Dah boleh kawal wang anda? Baru boleh simpan. Agak mustahil orang yang gagal mengawal wangnya dapat menyimpan tiap-tiap bulan secara konsisten betul tak? Biasanya kita menyimpan wang dari lebihan yang dibelanjakan, tapi mula bulan ini (atau hari ni jika gaji anda hari ni!) simpan dulu untuk diri sendiri, dan belanja yang selebihnya sahaja. Kan lebih menguntungkan begitu? Ini dapat je gaji terus sedekah kat pasaraya dan mengayakan orang lain dulu, bukan diri sendiri. Saranan awal ialah menyimpan sekurang-kurangnya 10% untuk ANDA, Ya ANDA, bukan bagi saya. Yang lain gunalah sepertimana dalam budget anda. Orang kaya berbelanja lebih kecil dari pendapatannya, tapi orang miskin berbelanja tak hingat kadang-kadang sampai berhutang, lebih dari pendapatannya. Simpan di mana? Gunakan akaun yang lain dari akaun gaji anda, jika gaji masuk CIMB, simpan dalam Maybank. Simpan sampai banyak (Sekurangnya 6 bulan gaji untuk emergency) kemudian simpanan seterusnya dilaburkan.

Tahap-tahap seterusnya akan dibincangkan dalam post berikutnya. Jadi, bermula dari hari ini, BERMULA DARI SEKARANG, Hargai, Kawal dan Simpan wang anda! Bukan untuk sesiapa, untuk anda, keluarga, anak-anak, untuk generasi anda juga. Cucu cicit anda akan berterima kasih kepada anda kelak dan InsyaALLAH mudah-mudahan mendoakan kebaikan anda di dunia seberang sana nanti!

RAHSIA ORANG KAYA KITA YANG MISKIN NI TAK TAHU

Pernahkah anda bertanya, kenapa anda tak cukup wang? Apakah yang membezakan antara seseorang yang kaya gila dengan orang yang miskin kedana?

Adakah orang-orang kaya ini ada 8 kaki 8 tangan? Adakah orang kaya ada 100jam sehari di kala anda cuma ada 24jam je sehari? Adakah mereka 180kali lebih bijak dari anda sehingga mampu mendapat 1 tahun pendapatan anda hanya dalam 1 bulan? Adakah mereka bekerja 88kali lebih rajin dari anda yang hari-hari OT sampai tak ada masa nak tidurkan anak-anak di rumah? Keluar kerja anak-anak belum bangun tidur, balik dari kerja anak dah terbungkang tidur di sisi mama mereka? Apa yang tak cukup lagi? Apa spesialnya ilmu ghaib mereka ni yang anda tak tahu?

Tidak Tidak Tidak! Walaupun kenyataan di atas nampak tidak benar tapi inilah hakikatnya. Orang-orang kaya ini menggunakan kuasa yang saya namakan 'leverage' (sebenarnya bukan saya yang bagi nama ini, tapi memang telah termaktub dalam kitab-kitab bisnes walaupun kita tak boleh mempelajarinya walau di Harvard Business School). Benar mereka menggunakan tenaga orang lain, duit orang lain, kudrat orang lain, semua untuk menghasilkan wang pulangan yang banyak untuk mereka. Ya mereka bijak, tapi tak ada la 100 kali ganda dari anda. Otak pun lebih kurang sama saiz saja dengan anda.

Dari mana kita nak leverage kalau tak tahu caranya? Haa nama mudah lain bagi leverage ialah pendapatan yang pasif bagi anda. Sebenarnya konsep leverage ini ada buruk dan baiknya juga. Jika berbicara dengan orang yang berniaga pasaran opsyen, mereka tahu bahawa dengan leverage mereka boleh menjana pendapatan berkali-kali ganda dengan apa yang mereka per'judi'kan, walaupun bukanlah dalam bentuk perjudian sebenar macam lumba kuda tu. Dan mereka juga tahu dengan leverage juga boleh menggandakan kerugian mereka dan membangkrupkan mereka semalaman jika tak pandai main. Tanya diri anda, adakah aku berilmu nak join bisnes-bisnes macam ni dengan ilmu yang baru paras-paras bahu ni? Tepuk dada tanya doktor, manalah tahu kena sakit jantung pula.

Yang kita bicarakan pendapatan pasif di sini ialah bagaimana dengan sekali kerja yang kita lakukan bersungguh-sungguh (walaupun pada masa bersungguh-sungguh satu sen tak masuk), tapi dengan konsistennya kita meredah jua akhirnya menghasilkan satu pulangan yang tak pernah kita mimpikan pun seumur hidup, RM100ribu dalam sebulan contohnya! InsyaAllah tak mustahil, hari ini berlambak-lambak di pasaran orang berpendapatan begitu dalam bisnes-bisnes tertentu, tak payah saya ceritalah kerana anda pun mungkin pernah bertemu mereka. Mungkin ada di antara ahli keluarga anda mana tahu boleh tumpang-tumpang sekaki.


Tapi yang peliknya insan-insan ini anda tengok tak buat apa-apa bisnes pun seperti orang-orang biasa, kedai pun tak ada, modalnya kereta dengan minyak je. Nak tanya kedai kat mana, mobile je katanya. Macam mana pula pendapatan boleh berpuluh-puluh ribu tu? Tanyalah mereka. Mereka yang jenis ini tidak lokek biasanya malah bersedia bila-bila masa datang berjumpa bercerita kepada anda hatta pukul 2 pagi sekalipun! Haa mana nak ada orang berpendapatan RM berpuluh-puluh ribu nak datang rumah orang yang berpendapatan RM ratus-ratus je sebulan nak cerita pulak peluang rahsia bisnes yang dia buat kat orang lain. Tak takut idea bisnes kena curi ke abang oiii.

Berbeza dengan taukeh-taukeh kilang papan, kilang mi, kilang tayar, kilang metal stamping, ada ke nak pi kongsi cerita-cerita rahsia bisnes mereka pukul 1-2 pagi pulak tu? Tak masuk akal! Haa jumpalah orang-orang ini dan pelajari idea-idea bisnes mereka. Apa yang anda rugi? Mungkin sejam dua masa anda, tapi apa yang anda untung belum tahu lagi, entak-entah lebih banyak dari taukeh kilang tayar mana tahu!

Yang penting, jom buat bisnes yang ada leverage, saya sayang anda semua, dah kaya jangan pula lupakan saya hehe...


Yang belum kaya,

AZAM INSPIRE

PROGRAM DANA UMMAH UPGRADED!

PENGUMUMAN

Bermula 1 Oktober syarikat mengeluarkan PROGRAM DANA UMMAH NAWAITU SADAQAH program bernilai RM25.00. Semua peserta baru program akan terus dimasukkan ke program terkini yang membayar sumbangan kepada ahli-ahli lebih tinggi sehingga RM5.00 per level berbanding RM1.00 per level sekarang, dan cuma 6 level tidak lagi sehingga 10 level yang mengambil masa agak lama. Ini adalah berdasarkan feedback daripada ahli-ahli yang inginkan sesuatu yang lebih tinggi pulangan dan berbaloi untuk dijalankan (dengan kos pengiklanan, promosi dan sebagainya yang meningkat) setanding dengan program-program lain di luar sana tapi masih dalam lingkungan kemampuan semua pihak namun masih memberi pulangan setimpal dengan usaha sambil menderma dan berbuat sedikit kebajikan. Jadi masalah kewangan lebih cepat diselesaikan, kebebasan kewangan akan lebih cepat tercapai. InsyaAllah. Lebih banyak madrasah2, pusat2 tahfiz, persatuan2, rumah anak2 yatim untuk dibantu. InsyaAllah syarikat akan lebih giat mempromosi. Ahli-ahli lama akan diupgrade secara PERCUMA secara berperingkat, tidak perlu lagi membayar kos pengurusan & pengeposan.

Apa yang boleh kami jaminkan, BUAT PASTI JADI! Dengan usaha yang istiqamah, RM1.00 boleh jadi Rm1,ooo,ooo! Tiada yang mustahil. Gunakan kuasa leverage dalam berusaha, dan kebebasan kewangan ummah boleh tercapai.

Penerangan program dan bayaran per level akan diumumkan sedikit masa nanti. Sekian terima kasih.

HIKMAH SEBENTUK PEMBERIAN


Apa yang kita harapkan dari satu pemberian?

Meningkatkan keyakinan diri? Meningkatkan sistem imuniti badan? Menyembuhkan penyakit? Membersihkan harta? Memakmurkan dunia?

Soalan-soalan di atas agak ganjil bunyinya. Tapi percayalah dengan kuasa memberi, banyak hikmah di sebaliknya. Bahkan 1001 hikmah lebih daripada jawapan kepada soalan di atas.

Secara saintifik, Berbuat baik seperti bersedekah menghantar isyarat positif ke seluruh kawasan otak. Kajian Dr. Donald W. Pfaff PhD, seorang pakar otak (neuroscientist) dari Universiti Rockefeller, sebahagian isyarat spesifik otak menafsirkan untuk menimbangkan tindakan kita sepertimana ditujukan untuk diri kita sendiri. Dalam bukunya dinyatakan. "Do unto others as you would have them to do unto you"(Lakukan kepada orang lain sebagaimana ingin orang lakukan kepada kamu). Benarlah sebagaimana dinyatakan dalam artikel-artikel sebelum ini, jika kita berbuat baik dengan memberi sesuatu kepada orang, suatu hari ia akan dipulangkan kembali kepada kita.

Kajian beliau lagi, perbuatan baik menghasilkan lebih banyak bahan kimia gembira iaitu dopamine, serotonin dan oxytocin, ia menghasilkan kegembiraan dan mempertingkatkan sistem ketahanan badan secara semulajadi melalui perbuatan baik kepada orang lain.

Memberi menjadikan diri anda lebih sihat dan kuat, jadi melabur untuk diri anda sendiri. Yang baiknya ia dapat meringankan beban lebih ramai orang sambil ada kebaikan dalaman untuk kita sendiri, berbanding jika kita pentingkan diri sendiri sahaja.

Perbuatan memberi secara sukarela, sebagai contoh untuk mengindahkan sekolah atau madrasah pun, menjadikan kita gembira. Dengan sukarela kita mengecat sekolah, bayangkan betapa gembiranya murid-murid bila melihat sekolah yang lebih cantik, secara automatik mengukirkan senyuman di wajah.

Kenapa dianjurkan memberi berbanding menerima?

Kajian pakar otak Dr Jordan Grafman PhD, kawasan otak yang sama menjadi aktif ketika kita menerima wang pemberian orang, menjadi lebih aktif dan terang apabila kita membantu atau melakukan perbuatan baik tersebut. Betullah sebagaimana ungkapan hadis, "Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima". Definisi ini rupanya ada pertalian erat dengan otak menurut kajian saintifik.

Tindakan kimia otak ini membantu kita merancang masa depan, menjadikan kita lebih rapat dengan seseorang, menjadikan kita menghargai setiap pemberian itu, dan seterusnya ingin lebih banyak membantu, membantu dan terus membantu, melakukannya berulang kali.

Apabila kita melakukan sesuatu yang baik seperti bersedekah, kesan kebaikannya menenangkan fikiran sepanjang hari. Menjadi seorang yang suka membantu, menzahirkan perspektif yang sentiasa positif kepada orang lain. Sebagai contoh, melihat orang yang tidak berumah atau peminta sedekah, menjadikan kita lebih memikirkan kesusahan hidupnya menyara anak-anaknya daripada berpandangan negatif bahawa dia seorang penipu atau seorang pemabuk.

Sekecil-kecil bantuan dapat meringankan walau sekecil-kecil bebanan seseorang, itu adalah sifat altruism yang tulen. Sifat yang tidak mementingkan diri, memikirkan kebajikan saudaranya. Kajian Dr Amy Rubenstein PhD seorang pakar psikologi dari Kolej Perubatan Weill Cornell, mendapati membantu insan lain dan menunjukkan sifat akrab kepada orang lain meringankan bebanan sendiri. Kerja sukarela contohnya menjadikan pesakit kajian lupakan kesengsaraan sendiri dan meluaskan perspektif (satu fenomena yang disebut helper's high), di mana mereka berasa lebih bertenaga, lebih kuat, yakin diri, hilang tekanan dan lebih bermotivasi walaupun dengan sekecil-kecil bantuan kepada insan lain.

Kaedah terbaik menghilangkan tekanan

Syarikat-syarikat farmaseutikal dan pusat-pusat spa seluruh negara boleh gulung tikar jika rahsia yang satu ini dipraktikkan oleh semua insan di muka bumi ini. Kesan positif dengan memberi meningkatkan imunisasi badan, meningkatkan keyakinan seseorang mendepani keadaan penuh tekanan, jadikan kita lebih kompeten dan efektif, merapatkan hubungan silaturahim dan menimbulkan keadaan anti-ketegangan. Ia menjadikan hidup ini lebih bermakna, tidak begitu?

Apa mampu kita beri?

Berilah apa sahaja. Mengindahkan sekolah dengan mengecat mural, bantuan kewangan membangun bangunan baru madrasah (Sekolah Integrasi Faizin contohnya), memberi makan kepada pengemis atau yang tidak berumah (homeless), mengajar ilmu kepada anak-anak jiran, memberi tuisyen percuma kepada anak-anak orang miskin, mengajar kewarganegaraan kepada PADI (bukan yang jadi beras tu, tapi Pendatang Asing Dengan Izin), membantu rakan menyediakan resume mintak kerja, bahkan memberi makan kepada kucing liar tidak bertuan.

Kita patut mempunyai niat untuk menjadi sekaya mungkin, supaya lebih banyak dapat kita bantu, lebih banyak zakat dapat kita keluarkan, lebih banyak sedekah dapat kita sumbang, lebih banyak madrasah dan masjid dapat kita bina, lebih baik pendidikan dapat kita beri kepada anak-anak kita, lebih banyak perkara dapat kita lakukan untuk diri, keluarga, agama dan negara kita. Begitulah ajaran yang saya ambil dari Pengasas DCL iaitu Dato Stapa Omar. Wah dah keluar majalah JUTAWAN pula kini, moga Dato dan isteri bertambah sukses, dan melimpah kepada kami pula.

Profesor psikologi dari Universiti Florida iaitu Gregory Webster berkata sementara tindakan baik menarik perhatian media, perbuatan amal yang rutin kebanyakannya tidak diambil kisah. Ia menyulam menjadi budaya masyarakat, tindakan kecil yang berterusan ini adalah kelakuan interpersonal iaitu hubungan manusia-manusia yang positif, menjadikan manusia menjadi spesis yang dominan di muka bumi.

Sumbanglah, walau sekecil-kecil sumbangan, kerana sumbangan walaupun kecil tapi impaknya besar. Lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi hari ini, tentu ramai kawan-kawan kita dalam kesusahan yang memerlukan satu tindakan altruistik. Sokonglah sukarelawan-sukarelawan kita di luar sana, kerana sangat besar jasa pengorbanan mereka membantu insan lain yang lebih memerlukan, untuk menjadikan dunia lebih baik.

(Ruj. "Men's Health"(Malaysia Edition), an article by Grant Stoddard)

ADVERTORIAL KESELAMATAN

>

Memperkenalkan EZGuard Sistem yang menjadikan tugas pemantauan keselamatan kini lebih terjamin, boleh dipercayai dan mudah!

EZGuard dengan rasminya telah dilancarkan pada 10hb. Ogos 2009.

Sesuai digunakan untuk pemantauan di:

* kilang-kilang/ kawasan perindustrian ringan/ berat

* kawasan pelabuhan

* gudang-gudang simpanan/ stor/ warehouse

* kem-kem pangkalan tentera/ gudang senjata dsb (cth Pangkalan TLDM Lumut menggunapakainya)

* lapangan terbang

* hospital-hospital kerajaan /swasta

* hotel-hotel /resort penginapan

* kompleks membeli belah

* institusi-institusi pengajian tinggi /politeknik-politeknik /institusi kemahiran dsb

* penginapan apartmen /kondominium /serviced apartment dsb

* kawasan pelantar minyak

Kelebihan EZGuard

>>> Memudahkan pemantauan perondaan (terbaik setakat ini, FIRST in Malaysia!)

>>> Kawalan keselamatan lebih menyeluruh.

>>> Tercanggih kerana menggunakan sistem digital dan Radio Frequency ID (RFID). Tiada lagi sistem analog yang tidak boleh dipercayai atau digodam.

>>> Mempunyai fungsi timely reminder supaya peronda tidak terlupa membuat rondaan.

>>> Data rondaan mampu dicetak dalam sesaat.

>>> Jimat tenaga, hanya menggunakan bateri Lithium Ion yang tidak menggunakan banyak tenaga elektrik dan cepat di cas semula (seperti telefon bimbit)

>>> Fungsi seperti kotak hitam pesawat di kala berlaku insiden. Direkodkan secara automatik dengan butang OneTouch.

>>> Check point sistem yang tahan lasak, tahan cuaca, anti-vandalisme. Tahan seumur hidup. Boleh disembunyikan bagi mengelakkan dikenalpasti (Fungsi camouflage, boleh dicat warna serupa dinding)

>>> Jaminan ganti baru produk waranti 1 tahun. Dijamin berpuas hati.

DEMO percuma boleh dilakukan atas permintaan. Preview percuma bertempat di sini.

RAHSIA SEDEKAH

Banyak rahsia-rahsia sedekah yang diperjelaskan dalam Al-Quran untuk manusia mengambil pengajaran dan beramal sedekah. Begitu juga dengan hadis-hadis nabi dan kata-kata para sahabat junjungan nabi SAW.

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda, "Hendaklah kamu semua mencari rezeki dengan bersedekah".

Pesanan sahabat Rasulullah SAW Saidina Ali Bin Abi Talib Karamullahu Wajhah berkaitan sedekah:

1. "Peliharalah iman kalian dengan bersedekah".

2. "Mohonlah kepada Allah diturunkanNya rezeki dengan banyak bersedekah".

3. "Jika kamu miskin, berdaganglah dengan Allah Taala dengan bersedekah".

Daripada pesanan di atas, kita dapat merumuskan bahawa sedekah juga merupakan satu ibadah bukan wajib tetapi amat digalakkan di dalam Islam. Dengan bersedekah, manusia terputus daripada sifat-sifat kikir, bakhil dan kedekut dan menimbulkan sifat prihatin kepada saudara seagamanya, membantu ekonomi ummah yakni yang kaya dapat membantu yang miskin, memantapkan hubungan silaturahim dan mendapat perlindungan dari Allah.

Sedekah tidak tertakluk pada harta dan kewangan semata-mata. Antara sebahagian amalan-amalan sedekah yang mudah dan mampu dilakukan sesiapa sahaja tidak mengira kaya ataupun miskin ialah :

  • Memberi nafkah kepada keluarga, menyediakan makan minum, tempat tinggal, kemudahan dan seumpamanya.
  • Menolong saudara dalam kesusahan, samaada dengan harta, nasihat, bantuan kudrat dan seumpamanya.
  • Ucapan tutur kata yang baik kepada orang lain.
  • Membuat amalan yang biasa dipandang remeh seperti membuang duri, paku, kayu atau halangan dari jalan raya atau laluan kenderaan.
  • Murah senyuman, mudah tersenyum dengan wajah yang berseri.
  • Amar makruf nahi mungkar, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  • Menahan diri dari melakukan kejahatan.
  • Mengucapkan salam kepada saudara.
  • Mengajarkan ilmu kepada orang lain.
  • Tanaman dimakan binatang.
  • Solat secara berjemaah.
  • Membantu orang yang pekak tuli supaya dapat mendengar.
  • Bertasbih, bertahmid dan bertahlil.
Justeru, jika selama ini kita hanya memandang sedekah dari sudut kewangan sahaja, merasakan kita tidak mampu untuk bersedekah atau sedekah hanya hak milik orang kaya sahaja, sekarang sesiapa sahaja mampu bersedekah walaupun hanya dengan SEKUNTUM SENYUMAN IKHLAS YANG MENAWAN! Jangan bertangguh lagi melakukan amalan soleh ini kerana sedekah-sedekah kita jika ke jalan yang baik bakal menjadi ROYALTI kepada kita di akhirat kelak. InsyaALLAH.


(Ruj. : "Al-Quran : Rahsia Terunggul", Ali Ahmad Maleya)

KISAH SEDEKAH TELADAN TOKOH IDOLA ISLAM

Banyak kisah-kisah teladan mengenai hikmah dan fadhilah sedekah sedari zaman Rasulullah SAW dahulu lagi. Pernah satu ketika Rasulullah SAW menyuruh para sahabatnya mengeluarkan sedikit infak (sedekah) untuk perjuangan ummah Islam. Lalu sahabatnya Saidina Umar RA cuba menyaingi Saidina Abu Bakar dalam soal sedekah ini. Separuh hartanya dibawa bersama berjumpa Rasulullah SAW, Justeru Al-Amin bertanya,

"Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu Ya Umar?". Lalu Saidina Umar RA menjawab,

"Aku tinggalkan separuh dari hartaku untuk mereka Ya Rasulullah."

Datang pula Saidina Abu Bakar As-Siddiq berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seluruh hartanya untuk didermakan ke Jalan Allah. Rasulullah SAW pun bertanya,

"Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?". Lalu Saidina Abu Bakar As-Siddiq pun menjawab,

"Aku tinggalkan kepada keluargaku Allah dan Rasul-Nya SAW". Ringkas sahaja jawapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq tapi cukup menggambarkan betapa besarnya nilai sedekah dalam menyebarkan syiar Islam pada masa dahulu.

Dalam riwayat lain, teladan Saidina Uthman bin Affan RA wajar dicontohi ummah Islam pada zaman ini. Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa yang mahu membelikan untuk kita perigi ar-Rumah lalu menyedekahkannya kepada kaum Muslimin? Semoga Allah memberinya minum dari kehausan pada hari kiamat. Akhirnya Uthman membeli perigi itu dan menyedekahkannya untuk umat Islam." (Hadis Riwayat Ibn Adi-Ibn Asakir)

Bayangkan dengan menyediakan tempat minuman di masjid atau surau di kawasan kita sahaja, untuk menghilangkan kehausan orang yang datang beribadah di rumah Allah bakal memberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda semuanya dengan izin Allah.

Begitulah hebatnya sedekah yang ditunjukkan golongan sahabat-sahabat Rasulullah SAW ke jalan Allah. Sepotong ayat Al-Quran berbunyi,

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai, dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah SWT mengetahuinya."
(Ali-Imran : 92)

Justeru, apa yang kamu cintai? Harta? Maka sedekahkanlah ia. Nyawa? Maka berjihadlah membantu menentang musuh-musuh Islam, sama ada di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Pattani, fi kuli makaan.

Teladan sedekah tokoh muslimah ditunjukkan Ummul Mukminin Zainab Binti Jahsy. Zainal adalah seorang wanita yang sangat mahir membuat pertukangan tangan, menenun dan menyamak kulit untuk menghasilkan manik. Hasil kerja tangan Zainab dipakai oleh tentera-tentera Islam di medan perang. Pendapatan Zainab disedekahkan kembali fi sabilillah.

Jadi bisneswoman-bisneswoman hebat di luar sana, marilah kita mencontohi teladan Ummul Mukminin ini. Selain zakat yang wajib, keluarkan sedekah ke jalan Allah, untuk perjuangan Islam dan untuk pendidikan anak-anak Islam. Yang penting niat itu ikhlas, bukan mengejar gelaran Dato', Tan Sri, CEO Terbaik Tahunan, Penderma Amal Terbanyak dan segala unsur-unsur yang menjurus kepada riak. Sesungguhnya riak itu membatalkan pahala amalan kebajikan dan melunturkan kemurniaan akhlak, juga tergolong syirik kecil.

Beristighfarlah bila dipuji, sabar dan redha bila dikeji. Buat amal kebajikan untuk mendapat keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia. Namun dibolehkan jika sedekah itu diperlihatkan dengan niat yang betul dan ikhlas untuk menyeru orang ramai supaya mencontohi atau gemar melakukan amal kebajikan yang sama seperti bersedekah secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai supaya yang lain turut mengikutinya dengan penuh ihsan dan ikhlas, memperlihatkan sedekah agar dicontohi semata-mata tidak dilarang dalam Islam. Apapun segala-galanya bergantung pada niat.

"Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya (amal perbuatan) bagi setiap orang itu sesuai dengan apa yang ia niat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika kita mula bersedekah dan menunjuk jalan bersedekah untuk dicontohi orang lain, InsyaALLAH kita turut mendapat pahala sebesar pahala orang yang mengeluarkan sedekah tersebut, selari dengan hadis,

"Barangsiapa yang menunjukkan atas kebaikan, maka baginya pahala sebesar pahala orang yang mengerjakannya." (Hadis Riwayat Abu Mas'ud Al-Bari)

Apa yang baik datangnya dari Allah SWT, apa yang buruk datangnya dari kekurangan dan kelemahan penulis sendiri. Wallahu 'alam.

(Rujukan : 1. "Hikmah Terapi Sedekah", Hasan bin Ahmad bin Hassan Hammmam.,
2. "Bahaya Riak Dalam Kehidupan Muslim", Drs. Hanafi Mohamed.)